وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Saturday 8 September 2012

kasih sayang dari ALLAH....

assalamualaikum =)



kadang-kadang ujian datang kepada seorang hamba tanpa disedari. ALLAH menguji umatnya untuk melihat sekuat mana hambanya mengadu dan ingat pada nya apabila mereka mengahadapi masalah. ALLAH amat menyayangi hambanya walaupun hambanya sentiasa melakukan maksiat dan sentiasa melakukan dosa kepadanya tetapi dia sentiasa megabulkan doa-doa hambanya dan sentiasa berada di sisi hambanya dalam kesulitan. Saya terfikir tidak malukah kita kepada ALLAH yang menciptakan kita sentiasa memberikan rezeki dan segala yang kita minta sedangkan kita sentiasa lupakan dia??!!

ALLAH itu maha adil, dia tidak pernah pilih kasih di antara hambanya. kita sebagai hamba yang harus memilih jalan yang terbaik untuk mendekatkan diri kepadanya dan bersyukur dalam setiap apa yang diberikan. aku hanya manusia biasa yang mudah tergoda dengan dunia yang fana ni tapi aku tahu ALLAH sentiasa akan menghantar seorang sahabat untuk menarik aku kembali kepadanya dan membantu kawan-kawan aku yang jua menghadapi perkara yang sama.

ALHAMDULILLAH, aku masih diberi kesempatan untuk berubah dan mengenal ALLAH dengan lebih dekat lagi. aku sangat berharap agar penghijrahan aku ini kekal sehingga aku bertemu dengan tuhan-ku dan rasul-ku yang selama ini akan sangat berharap untuk bertemu dengan mereka. ya ALLAH, sesungguhnya engkau tuhan yang maha besar dan aku amat bersyukur kerana menjadi hamba-Mu. aku amat mengharapkan keampunan-Mu atas perbuatan aku yang selama ini menjauhi-Mu dan melupakan-Mu. setiap ujian yang kau hadirkan kepada aku adalah kasih sayang yang kau tunjukkan pada aku, aku sungguh bersyukur kerana engkau sentiasa ingat kepada ku agar aku kuat dalam menghadapi arus dunia yang sentiasa berombak ini dan perbanyakkan amalan ku untuk dibawa kesana nanti.

terima kasih ya ALLAH kerana sangat mencintai ku dan aku amat bersyukur kau kurniakan family, sahabat-sahabat, teman-teman, dan orang sekeliling ku yang sentiasa menarik ku untuk mengenali-Mu dengan lebih mendalam dan membantu aku untuk berubah kearah yang lebih baik.

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH!!!

assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment