وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Saturday 11 May 2013

tidak tersinggah...

assalamualaikum....

ya ALLAH, lama sangat tidak menyinggah dalam blog ni, entry pun da tak ada yang baru...x sempat nak bukak blog sebab terlalu sibuk dengan kerja yang nak kena face + assignment pun masih bertimbun-timbun so kena mengigihkan diri siapkan apa yang patut lu baru boleh buat kerja lain.

akhirnya bersaranglah blog ini,huhuhu....

masih terniat untuk bercerita pasal PRU13 even dah lepas, haritu nak update pasal "MARI MENGUNDI" tapi tak sempat kena uruskan benda lain sampai tak sempat nak bukak laptop so niat yang tersimpan lama akhirnya tercapai untuk dientrykan di sini,heeee~~

ok, cakap pasal PRU13 macam-macam cerita saya dengar, pasal itu pasal ini...ALLAH

dikatakan PRU13 ni telah dicemari dengan sifat kurang jujur @ lebih kurang bahasa kasarnya penipuan dalam pelbagai segi. siap buat lari tong lagi, pe cerrr....

macam-macam kan manusia ni, kerana menginginkan sesuatu yang bukan haknya sehingga sanggup melawan sahabat seagama malahan menipu secara terang-terangan, adakah kita memanggil ini sebgai KEADILAN??!!

saya bukan seorang yang suka berpolitik tapi satu sahaja yang saya ingin katakan AGAMA itu adalah yang terpenting dalam segala hal. ISLAM adalah sesuatu yang indah yang diwajibkan keatas semua ummat untuk disebarkan kepada sesiapa sahaja. tidak kiralah dalam berpolitik, belajar atau apa sahaja. whatever yang kita buat biarlah berlandaskan ISLAM.

masih ada peluang untuk kita berjuang sehabis mungkin dalam menegakkan syiar ISLAM.

dunia sudah semakin tua, usia semakin meningkat dan kematian memanggil tidak kira umur...apakah kita sudah bersedia??? adakah sudah cukup kita berdakwah??!!

marilah sama-sama kita mencari sesuatu yang kekal yang boleh dibawa ke akhirat kelak, sesungguhnya bekalan ke sana amat penting kerana seandainya kurang bekalan kita semasa menuju ke sana maka tercampaklah kita di pertengahan jalan.

"AKU bersumpah dengan Hari Kiamat. Dan AKU pun bersumpah dengan
jiwa yang menyesal. Apakah mengira manusia bahawa tidak akan KAMI
kumpulkan tulang-belulangnya? Bahkan KAMI Maha Kuasa atas menyusun
sempurna ujung-ujung jarinya. Bahkan inginlah manusia berbuat durkaha
di hadapan-NYA. Dia (manusia) bertanya; bilakah Hari Kiamat itu? Maka
apabila mata telah terbelalak. Dan telah pudar cahaya bulan. Dan telah
dikumpulkan matahari dan bulan. Berkata manusia pada hari itu; ke mana
tempat lari? Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung. Hanya
kepada Tuhan engkaulah di hari itu tempat kembali yang kukuh. Maka akan
diberi khabar kepada manusia di hari itu apa yang telah dikerjakannya
terlebih dahulu dan apa pula yang dilalaikannya."

surah al-qiaman (27:1-13) 



kemenangan ISLAM akan muncul, maka bersedialah fizikal dan mental untuk terus berjuang demi ISLAM tercinta.

we just have to put something called HOPE....

--------------------------------------------------------------

kalah kini, kita menunggu menang.
menang nanti, kita merubah tenang.

SMILE :)

assalamualaikum.