وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Sunday 17 March 2013

LEPAKING wif friends

assalamualaikum...

berjalan-jalann... waaaa, teruja teruja teruja :)
alhamdulillah 3/17 sempat lagi p jalan-jalan ngan member, ade kesempatan kejap nie ambil peluang betul2 tuk bersama ngan member2...

gigih bangun pagi2 semata-mata nak g tengok mata hari terbit,
subhanallah cantikkkk sangat...
member pun da lame x kuar jalan-jalan cenggini so untuk memenuhi perasaan yang membuak2 ni an so kitorang p ambil keputusan nak g bagan lalang...

member2 yang tersayanggg





besttt sangat even ramai orang tapi tu yang best kan :)....
macam-macam gelagak orang, lagi2 budak-budak yang khusyuk main ngan pasir...cumil3

after that dengan sepantas kilat drive kereta p ALAMANDA...
da penat-penat berjalan and window shopping perut pun dah mula "KROCKKKK"
so pe lagi mula la mencari tempat untuk mengisi perut yang dah menyanyi niee,hehehe..

we allss decide p makan kat SUSHI KING...
nyum nyum nyum..... :)


menunggu dengan sabarnyaa...

pilih pe tu cek kakk??

SEDAP SEDAP SEDAPP!!



inshaALLAH berkesempatan pegi jalan-jalan ke Port Dickson plak ngan members,hehehe

----------------------------------


لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.



Sunday 3 March 2013

meniti jambatan HIDUP

assalamualaikum 



Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan  untuk mengharapkan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanMu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang Kau berikan takkan aku sia-siakan.



Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa. 

aaaammmmmiiiinnnn.....