وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Tuesday 31 July 2012

Digital SLR photography....

bismillah....

assalamualaikumm....
alhamdulillah sudah lepas fasa pertama ramadhan...
ALLAH masih memberi kesempatan untk terus berpuase...
sebenarnya tidak ada apa yang ingin diceritakan cuma ingin b'kongsi dgn di luar sne tntg sebuah buku yg sy beli.....
buku ini sngt bgus kpd penggemar DSLR...

sebelum tu sy nak cite skit mcm mne sy bleh beli buku ni...
pd 28/7 sy ngan member keluar iftar sekali...
coz lme x jmpa mcm2 kami bincgkan n ceritakan...
keesokan harinya kami seluar untk sopink brg2 tuk rye...
then after g sopink kami b'gegas ke ALAMANDA tuk sopink di sne...
bnyk yg nk tpi kena tahan nafsu dulu lg2 duit x mengizinkan,huhu...

nak jdikan cerita kawan sy nak beli al-quran tuk kwn dia...
so dia suruh sy crikan so sy bwak dia g MPH alamanda...
mcm2 buku bleh dpt kat sne...
al-quran, buku agama, majalah, n mcm2 lg...
after dh pilih quran kat kwn sy pun ambil kesempatan round seluruh bookstore tu...
dlm bnyk2 kedai bookstore la tmpt sy suka skli...
mcm2 buku bleh beli n pilih...
dlm mencari2 sy ternampak rak tuk majalah tuk photography...
punya happy tengokk...
rasa nak beli je smua buku tapi biarla dulu...
ade brg lg pntg yg perlu sy cari...
so sy pun pilih la slh stu buku kat situ...


 haaa... ni la buku yg sy beliii.....


 ni isi2 kandungan dlm buku ni... "landscapes"
penambah pahala dibulan puase dgn memuji kebesaran ALLAH


 "CREATIVE EYE"


"infrared" suatu yg amat menarik untk belajar..
saya suke =)


dan ini hasil daripada muhammad taufik b. abd rahman
dari jitra kedah...
cantik kan???

dengan stu buku kita dapat belajar mcm2 cara untk ambil gmbar...
klu sesiapa ade sifu2 n master2 yg hebat tuntut la ilmu ngan diorg...
x rugi belajar benda ni lagi2 ia dpt membuka mata dunia betapa hebatnya dan cantiknya kuasa ALLAH...
dengn ini shja dpt menambhkan pahala kt...
sngkan islam n menarikkan...
so jom kt memuji kebesaran dan kecantikan yg ALLAH berikan pd kita di dunia ini...

tidak ade kamera DSLR??
kamera biase pun bolehhhh...
jgn risau belajar, peraktik, n tnya sifu insyaALLAH b'jaya...
sy pun msih newbie lgi so x lehh x gtau bnyak2,huhuhu...
insyaALLAH jom kt sama2 blja...
sebagai hobi,huhuhu...

sy jugak ade beberapa koleksi buku yg sy suka baca...
x bnyak punn...
ni dia............

 ni jela yg ade....







sy suka bace buku yg ditulis oleh ibnu rijal....
buku beliau bnyk menjwp persoalan tntg islam...
sesiapa yg curious dan b'minat ingin tahu psl islam bleh la beli buku dia..
sebagai penambah ilmu =)




ni koleksi buku2 photography...
sebenarnya ade lgi tpi len kali la sy upload..
buku2 ni bagus tuk rujukan n praktikal...
x fhm pe2 tnya sifu2 b'dekatan anda =)



"wo ai ni ALLAH"
kish tntg bagaimana seorg hamba musafir dri non-muslim kpd islam
cerita yg sngt menarik...=)


sebagai penambah baikan...
untk menjadi yg baik dan terbaik disisi ALLAH, insyaALLAH =)


tom clancy "DEAD OR ALIVE"
cerita ni pun menarik...
tapi first2 bce mcm boring skit,ngeh3...


alhamdulillah, buku2 yg sy ade ni ade yg dah abis baca n ade gak yg blum...
ni koleksi sy kat rumah sewa =)
sy seorg yg gemar baca n kumpul komek...
bnyak komek tpi malu nk upload sbb mcm budak2.huhuhu...
photography n membaca adelah hobi sy mse lapang...
dgn semua ni membuatkan sy rasa masa tidk t'buang mcm tu jerr...
bukan sj dpt tambah ilmu malah kita dpt blja sesuatu yg baru n apply ia..
sme mcm kita bace al-quran bile bce fhm ayatnya dan gunakan dalam hidup kita sehari-hari....

insyaALLAH ia dpt menambhkan ilmu di dada kita....
hanya itu yg sy mahu kongsi kali ni...
terima kasih kpd yg sudi membaca even sy tahu x da yg follow sy tpi dgn b'cerita sy sudh happy =)
x kish org nak follow x yg pntg inilah saya...
terima kasih juga kpd yg follow even mreka kawn sy tpi sy sngt b'besar hati yg t'amat...
salam ramadhan semua =)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” Riwayat Bukhori & Muslim

assalamualaikum =)

Monday 23 July 2012

la tahzan...

assalamualaikum... 



harini genap 4 hari puase sy telah melakukan satu kesalahan yg saya sendiri tidak dapat memaafkan diri saya.
sy manusia biasa yg selalu melakukan kesalahan dan melakukan maksiat kpd ALLAH..
ya ALLAH, sesungguhnya hanya tempat engkau semua hamba-hamba mu mengadu...

aku tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan,
seorang yang tergopoh gapah dalam melakukan keputusan,
tidak sempurna seperti yg lain,
hanya insan yg hina dihadapan tuhan.

ya ALLAH, sesungguhnya engkau tuhan yang maha besar
ya ALLAH, sesungguhnya engkau tuhan yang maha pengampun,
ya ALLAH, sesungguhnya engkau tuhan yang maha bijaksana,
tiada tuhan selain mu ya ALLAH...

hanya kepada-mu aku bersujud,
dan hanya kepada mu aku berserah,
insan yang lemah lagi hina ini.

maafkan aku sahabat2 kerana masih kurang dlm mentarbiahkan agama,
akan aku cuba sedaya upaya mengubah diri-ku kearah kebaikan yang diredhai ALLAH.
aku harus kuat melawan segala anasir yg menyebabkan agama ku goyah,
sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang benar.

hati ini terlalu sedih kerana masih tidak kuat lagi iman di dada-ku,
masih goyah apabila ditimpa sesuatu,
tapi itu semua bukan penghalang dalam menengakkan iman dan agama-ku,
ya ALLAH sesungguhnya engkau sentiasa bersama hamba-hamba-mu.

mood: teramat sedih kerana perbuatan sendirim maafkan hamba ini ya ALLAH ='(

Sunday 22 July 2012

muhasabah diri....

assalamualaikum....

kebanyakan manusia dia atas muka bumi selalu dilamun keluh-kesah,
kesempitan dan terseksa batin. seolah-olah ada sesuatu yang tidak lengkap di dalam hidup.
semua ini berlaku jika kita tidak merasai nikmat iman di dalam hati.
hidup bagaikan tiada rasa dan tiada perisa. hambar dan kosong meskipun kemewahan dan kelazatan dunia mengelilingi.

islam sememangnya mengalakkan kita untuk mencari rezeki, tetapi kemewahan bukanlah matlamat
yang hakiki. betapa ramai orang yang mampu membeli rumah yang mewah, namun tidak dapat membeli
kebahagiaan di dalamnya. betapa ramai orang yang mampu membeli tilam yang empuk dan mahal,
namun tidak dapat membeli lena semasa tidur. ramai orang yang mampu membeli makanan enak,
namun tidak dapat membeli selera semasa makan. sebab itulah dikatakan, kemewahan harta bukanlah penentu kebahagiaan pada diri kita.

bagaimana ingin bahagia??

ketenangan jiwa menjadikan hidup kita bahagia. ia bagai hembusan dari langit yang diturunkan
ke dalam hati orang yang beriman agar jiwa mereka teguh.

bagaimana untuk kita mencapai ketenangan jiwa?
jawapannya tidak lain tidak bukan, melainkan dengan iman kepada ALLAH SWT
dengan keimanan yang sebenar dan mendalam tanpa ragu-ragu.
dengan adanya iman di hati, seseorang itu tidak akan menjadi resah gelisah meskipun dia mempunyai
seribu masalah. segala masalah akan dirasakan terlalu kecil kerana hatinya menyimpan suatu nilai yang besar,
iaitu mutiara iman.

salah satu cara meningkatkan iman kita iailah dengan membaca al-quran. cuba kita muhasabah sekarang, berapa banyakkah ayat-ayat al-quran yang kita baca pada hari ini?? perlu kita sedar bahawa al-quran
merupakan mukjizat dari langit. tiada mukjizat lain yang boleh kita saksikan pada masa kini melainkan al-quran.
al-quran itu didatangkan khas untuk kita baca dan amalkan.alangkah sayangnya jika ayat-ayat yang begitu hebat ini tidak kita amalkan, bahkan membacanya pun tidak.

daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda :
"tidaklah suatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah ALLAH di mana mereka membaca kitab ALLAH dan belajar bersama antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan ALLAH akan menyebutkan namanya dihadapan para makhluk yang ada di sisi-Nya" (sahih bukhari)

al-quran datang untuk memberikan kepada kita kebesaran dan kekuasaan. ia datang untuk menjadikan kita wakil ALLAH yang sejati di bumi ini. sejarah telah membuktikan bahawa bilamana umat islam berbuat menurut petunjuk-petunjuk yang terkandung dalam kitab ini, maka kitab ini memperlihatkan kemampuannya untuk menjadikan mereka imam dan pemimpin dunia.

percayalah, lazimi al-quran dan nikmatilah berkatnya kualiti masa.
sama-sama kita muhasabah diri kita supaya ia dapat mengukuhkan lagi iman kita kepada yang maha besar yang maha mencipta kita dan seluruh alam ini...

sekadar renungan bersama dan marilah kita sama-sama memperbaiki iman kita kepadanya, insyaALLAH...aminnnn =)




||Bila dikata hanya sia-sia puasa Ramadhan seseorang apabila ia mendedahkan aurat tatkala dia berpuasa, maka ada mulut-mulut luar mengatakan, biar Allah sahaja menilai amalnya.

Memang benar Allah menilai segala amal ibadah yang kita lakukan. Tapi apa guna sesuatu amalan yang dilakukan tanpa mempelajari bagaimana amalan itu patut dilakukan. Beramal tanpa ilmu ibarat pohon yang tiada buahnya.

Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. [Al Furqan:23]

Allah nyatakan dalam Quran bagi mereka yang beramal tanpa ilmu, maka amal ibadahnya itu akan menjadi sia-sa ibarat debu berterbangan.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. (H.R. Tirmidzi)||




petikan ayat diatas diambil dari buku "cinta high class & cintaku untuk agamamu"  


trima kasih coz sudi baca... assalamualaikum =)


doa untuk bulan puasa...

assalamualaikum...
jom kita amalkan doa2 untk mendekatkan diri kita dengannya....
arini dh masuk hari ketiga kita puasa...
inysaALLAH puasa kali ni meningkatkan iman kita dengan nya,
"INSYAALLAH"...........

bismillah....



“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan perselisihan. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.

Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan keburukan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku kerana perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga menyedarinya. Dikau halau daku dari larangan-Mu, tapi daku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku!!!

Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku ketika amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.

Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.

Tuhanku! Dikau dikianati dan dicurangi kerana kelembutan-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Pemurah dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!

Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!”
.
(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)



'(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.' - Al-Baqarah [185]


jom sama2 kita amalkan...
semoga ia menambah amalan kita di bulan puasa ini....
bukan sahaja pada bulan puasa tpi pada bulan biasa juga...
sesungguhnya ALLAH itu maha besar...
selamat puasa semua...


ASSALAMUALAIKUM =)

kenangan KLIA

assalamualaikum semua....
dah lame sangat lappy x update blog...
ni lame nak citerr sbelum datangnya ramadhan...
sebelum tu lappy nak ucap
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM KPD SEMUA" =)

lappy just nak citerr aritu lappy p temankan kwn2 lappy p smbut bakal husband dia kat KLIA..
bru blik dri mesirrr....
bakal dia tu mmg handsem habiss laaaaa....
cemburu woo,hehhehe...

ni gambar2 yg sempat kita org ambik even x bnyak tapi kenangan tu penting..
gitewwwwww.... ^^


 with bestfriend =)


sis n friends...


kembar,hahaha.... 


we are siblings =) 


my lovely friends forever....

korang adelah yang terbaik..
tidk akan pernah lappy lupakan korg..
syg korang ketat2...
trima kasih coz sudi jdi kawan lappy....

Kadangkala,
ada perkara itu kita tidak perlu ceritakan panjang.
Biar mata yang melihat,
mentafsirkan segala-gala.

Keindahan ini akan teruji,
namun kita akan sentiasa ingat pada hari ini,
dan kita mengadu kepada Ilahi,
agar kita diberikan kekuatan untuk terus mengemudi bahtera ke syurga nanti!


t lappy update lagii...
sayang korg semua =)...
assalamualaikum!!!!