وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Saturday 20 July 2013

diujiiiii, ALHAMDULILLAH


setiap manusia atas bumi ni pasti akan diuji...
kita tidak boleh lari dari ujian tapi ALLAH akan menguji hambanya di atas kemampuan hambanya...
jangan pernah takut dan merungut...
setiap yang hadir dalam hidup kita merupakan satu hikmah yang ALLAH berikan untuk menjadikan kita lebih matang...

manusia diuji dengan pelbagai cara..
diuji dalam pelbagai segi...
cuma bergantung kepada manusia itu sendiri untuk memilih apakah cara yang terbaik untuk menghadapinya...

sesungguhnya ALLAH itu maha mendengar luahan hamba-hambanya...
berdoa dan memintalah kepada yang Maha Mencipta...
dia tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun sedangkan kita yang leka dengan dunia tidak merasa rindu kepada-NYA...

ya ALLAH, terima kasih kerana menguji diri ini,
hanya dengan ujian yang kau hadirkan dapat merasakan kau dekat dengan aku...
tiada ketenanagan yang lebih indah selain mengadu dan memohon kepada-Mu...
aku tidak kuat untuk berdiri seandainya engkau tidak membantu aku untuk terus berdiri...
sesungguhnya setiap apa yang Engkau hadirkan dalam hidupku ini adalah suatu yang amat indah...

andai perasaan yang hadir ini juga dari-MU,
maka aku berserah hanya kepada-Mu,
bantulah aku untuk tidak bergantung harap kepada manusia,
aku hamba yang lemah lagi hina....

tiada yang mampu terucap dari lisan ku bila menghadap-MU,
aku hanya mampu menitiskan air mata tanpa berkata suatu pun,
sesungguhnya aku amat merindui Rasulullah S.A.W,
sampaikanlah salam rindu ku ini kepadanya,
tidak tertanggung rasa rindu ku ini...

ya ALLAH, aku serahkan segalannya kepada-MU,
setiap episod perjalanan hidup ku ini adalah hanya untuk-MU,
kau hadirkanlah seseorang yang dapat membimbing aku untuk menjadi yang terbaik di sisi-MU,
tidak ku sanggup jauh dari rahmat dan mghfirah-MU ya RAB... 

*bahagiakanlah dia andai itu yang kau takdirkan,
  redhakan hati aku,
  andai menjauhkan diri adalah pilihan yang terbaik,
  maka aku memilih yang terbaik yang sudah Engkau aturkan dalam hidupku...

---------------------------------------------------------------------------------------
setiap kebahagian itu ada kesakitan yang pernah lalui, setiap yang sakit itu apabila percaya padaNYA, ada bahagia menanti....

ALLAH itu adil

ونبلوكم بالشر والخير فتنة والينا ترجعون

Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa': 35]


sabarlah nur kafilah, menangislah wahai hati

Monday 8 July 2013

الرمضان الكريم

assalamualaikum :)

ALHAMDULILLAH



Bagai musafir keletihan, meredah jalan panjang perjuangan,
perjalanan berturapkan kesedihan dan kesunyian,
cinta dunia yang memanggil-manggil, harta, pangkat dan selesa,
mencabar makna kesabaran dan iman yang turun naik di saat musuh cekal dan berstrategi.

pejuang, bermukimlah di madrasah ramadhan,
hilangkan haus di hati dengan kecukupan ALLAH,
tempat peribadi dengan akal budi Rasulullah S.A.W.

ya ALLAH, pilihlah kami sebagai tetamu ramadhan,
kurniakan kami rahmat dan maghfirah,
titiskan air mata kami airmata taubat,
hiaskan lidah kami dengan dendangan tadarus,
selimuti malam kami dengan tarawih berbantal tahajud,

moga kami mewarisi "AL-JANNAH"...
jadikan ramadhan ini yang terbaik untuk kami,
AAAMMMIIINNNN....

selamat menyambut Ramadhan yang mulia dan semoga kita mendapat taqwa  yang sebenar-benarnya....

---------------------------------------------------

dari ummu mukminin Aisya R.A Nabi Muhammas S.A.W pernah bersabda:
" adalah Rasulullah apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir ramadhan, Baginda S.A.W bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (riwayat mutfaq alaihi)

Salam Ramadhan kareem semua :)

Sunday 7 July 2013

pengalaman MENCARI.......

assalamualaikum :)

hehehe, tetiba teringin nak mengupdate blog...
ALHAMDULILLAH, exam dah abis and sekarang more focus to thesis, pra-practical, and also report...

hurm hurmmmm, bnyak benda lam kepala skang ni, macam-macam nak buat...
yang penting sekarang nak kena cari bahan tuk thesis then nak teruskan membuat pe2 yang patut di mulakan dulu...

owhhh, skang ni saya ngah berpra-praktikal dekat uitm, alhamdulillah...
biasa la kejap je so kerja x da sangat tu yang sempat mengupdate,kuikuikui....

mereka-mereka kat sini semua baik2 jerr, banyak jugak benda baru yang aku belajar and tengok..
owhh macam ni upanya ekk bile kita dah kerja, macam tua plak ase,hehehe...
ehhh tapi saya muda lagiii....

baru je bape hari balik umahh dah kena tanya soalan cepu mas,
"bile nak khawin??" 
"dah ade calon belum??"

hahaha, of course la nak kan....sape laaa yang x nak khawin,huhuhu
inshaALLAH, itu semua bia la ALLAH yang rancang...
yang pasti aku nak habiskan dulu degree ni then baru fikir sal tu,okkk....

haaa satu lagi yang paling kelakor...
aku citer ngan staf sal akak aku yang baru melahirkan baby sulungnyaa,
pastu dia tanya aku bile pulakk...
aku hanya mampu jawab, insyaALLAH.......
pastu bleh dia nak kenenkan aku ngan adik dia, hamboiiii...

kelakar pulak aku rase,huhuhu....
dia kata adik dia ok, bagus tapi tak belajar tinggi sangat...
tapi ok la kan...

aku mampu senyum jelaaa, huhuhu
aku nak focus belajar dulu, nak pegang segulung ijazah dulu then baru fikir sal tu...hehehe

umie and baba da bagi green light so pe lagi kan,hehehe
insyaALLAH andai sampai masanya pasti akan ku khawin,
buat masa skang ni tak lagi kot, masih muda....kuikuikui

ok la da melalut-lalut dah ni....

-------------------------------------------------------

ALLAH sedang merancang sesuatu untuk masa depan ku, so aku harus kuat dan positif dengan apa yang berlaku. 


mood: senyummm