وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Thursday 29 November 2012

konvo

assalamualaikum =)

KONVO KONVO KONVO!!!!!

perhhhh  bestnyerrr konvo, sangat cemburu....
lmbat plak ase nk abis blajo ni tapi an klu tanya hati kat dalam ni an sebenarnya best belajar lagi dari bekerja.

selagi berkesempatan kejarlah ilmu yang ada tak kiralah ilmu apa pun sekali tak melanggar syariat islam,huhuhu....

aritu an masa konvo kat akunya universiti, seorang masta photog aku mintak ambik gambar dia konvo, punya la semangat yelaa aku an baru nak belajar and  baru masuk dunia photog ni, even gmbar hancur bagai tapi tak perlahh try lu bak kata pepatah an "practice make perfect",huhuhu....

tengah hari yang panas terik tu aku and member mengigihkan diri an demi masta tercinta nak p shoot gambar la konon an, first malu nak ambik gambar masta yerrlaaa newbie nak ambik gambar masta memang hape la kan, pastu member aku cakap rilekss jerr snap jerr...

aku pun per lagi sebab nak belajar snap la gambar, bergilir-gilir kami snap gambar sampaikan dek kerana tarikan baju konvo tu menarik perhatian pe lagi ambik peluang pakai la an,huhuhu...

x memasal tertukar sape yang patut konvo and sape yang patut ambik gambar,haha... tapi seriously happy kot dapat snap photo wif masta...

ehhhh lupa nak kenalkan masta den...hehehe

perkenalkan kak erma fatiha =) ----------->



kak erma wif familynyerrrr....

kak erma wif my member yang mempunyai minat yang sama....


banyak gambar yang tak jadi tapi tak perr insha ALLAH kena gigihkan lagi diri ini belajar pasal ni semua + menuntut ilmu dengan masta-masta yang hebat...huhuhu

seriusly x sabar nak konvo gak and nak merasai perasan ambik scroll, waaa terujanya rase...

assalamualaikum....

Monday 19 November 2012

PRAY FOR GAZA

assalamualaikum...

sangat sedih bila mengenang nasib sahabat-sahabat kita di Gaza...
ya ALLAH bantulah mereka menghadapi israel laknatullah...

ALLAHUAKBAR!!!!

jom sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka...


Do'a untuk GAZA, Palestine.

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ

اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ

(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي

اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ

اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Aamiin ...

ALLAH sentiasa bersama mereka....
ambillah masa sebentar untuk mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita disana...


assalamualaikum.... 

Friday 16 November 2012

light rail

assalmualaikum =)

salam maal hijrah semua, semoga hari esok lebih baik dari hari ini,insyaALLAH...

ok sebenarnya after sudah lama memiliki baby ni skang saya sudah mula ingin menjinak-jinakkan diri dalam mendalami ilmu photography... ramai sifu-sifu dan orang-orang hebat yang saya jumpa dalam dunia photog ni... diorang semua memah expert habis laaa... teruja sangat kalau dapat menuntut ilmu dengan mereka.

aritu saya ade outing with member and sifu-sifu, perhhh mereka-mereka memang sangat hebat sal photog ni...

banyak yang saya nak menuntut ngan mereka semua ni...


masa weekend lepas kawan saya from UIA datang tuk ambik jubah, diorang da nak convo... waaa bestnyerrr, x sabar nak konvo gak,huhuhu..


pastu after da ambik baju diorang ajak outing thn ape lagi terus ambil peluang tuk belajor ngan diorang. malam tu kami semua try tuk buat light rail. memang seronok habis, abis je shoot light rail terus layan light painting tapi saya tak pandai sangat nak lukis, da macam jadi hape dah...haha


tapi yang paling penting kat sini kepuasan yang dapat apabila dapat berouting ngan orang-orang hebat dan dapat mendengar macam-macam pandangan dan cara untuk ambil gambar. sangat-sangat seronok macam beronok-ronok laaa...


ok jom saya tunjuk skit gambor yang saya ambil malam tu tapi tak cantik sangat la coz newbie an,huhu



ni mase kitaorg ngah try2 buat light rail... 





ni mase try2 nak buat light painting... x reti nak lukis,huhuhu

yang ni plak saya lupa nama dia ape orang panggil senang kita panggil hantu,hahaha




tu jelaaa yang mampu diupload so doakan agar saya dapat menguasai semua ni dengan baik dan insyaALLAH nak belajor pasal landscape plak...

 Berbicara dalam bahasa lain sudah tentu memahami makna yang berbeza.
Berbahasa dalam bahasa hakikat ,mana mungkin sama dengan bahasa syariat. 

assalamualaikum =)

Wednesday 14 November 2012

Sahabat yang diingati....


assalamualaikum =)
da lame x post something kat sini.... 

x da idea nk uodate blog + x sempat assignmnt banyak sangat nak kena hadap,huhuhu...

sebenarnya tadi saya bukak facebook pastu dalam tengah menggodek2 facebook tetiba terbaca post ni, sangat mendalam maksudnya dan sayu jer hati bile bace.

mungkin sebab saya berada dalam keadaan ini that's why saya sedikit sentap,huhu...
 i have a friend n saya ade buat dia sakit hati pastu saya da cuba sedaya upaya untuk minta maaf tapi masih tiada respon so saya anggap mungkin dia perlukan masa untuk memaafkan saya...


hope ALLAH buka hatinya tuk maafkan saya, insyaALLAH... semoga dia sentiasa dalam redha ALLAH, aminn....


ni post yang saya bace kat facebook tu ----------->


"Hubungan, pertalian atau persaudaraan itu akan lenyap apabila hanya satu pihak sahaja yang memberi dan si penerima berkelakuan sombong dan angkuh...

Sebagai contoh.. Kiamat akan berlaku apabila hanya Allah yang memberi kepada hambaNya... Manakala manusia pada masa itu melakukan maksiat tidak pula bersyukur ataupun beristighfar...

Dalam hubungan suami isteri juga.. sekiranya hanya si suami/isteri sahaja yang bertungkus-lumus menjaga hubungan, tidak pula dilakukan oleh pihak yang satu lagi... maka hancurlah sesebuah keluarga itu...

Begitu jugalah dalam bersahabat, sekiranya hanya seorang sahaja yang berbuat baik dan seorang lagi hanya mengharapkan 'kasih sayang' dan tidak pula berlaku sedemikian kepada pemberi... maka habislah persahabatan...

Itulah hidup ini... dalam 3 situasi di atas, sekiranya ucapan terima kasih dan minta maaf diungkapkan.. mungkin dapat memperbaiki hubungan tersebut....Sebagai contoh, sekiranya hamba tersebut meminta maaf kepada Allah, nescaya Allah mengampuninya.. dan kalaulah terima kasih diungkap... nescaya bertambahlah nikmat Allah kepadanya...

Itulah dia... sebenarnya, terima kasih dan maaf itu adalah pengubat segala-galanya...Tetapi.. kalau sombong, ego dan keras kepala menjadi pilihan.. maka pengakhiran adalah topik seterusnya..."


ape korang rase??? hurmmmm.... 

ok la nak kongsi tu jerr sebenarnya, semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan ALLAH sentiasa =)aminnnnnn....

ok la, assalamualaikum =)



Friday 26 October 2012

AIDUL ADHA.

assalamualaikum =)

for the first time aku beraya dengan baby baru, sangat-sangat happy with baby tersayang...hehe

perasaan yang tidak dapat digambarkan kerana sudah lama aku nantikan akhirnya ALLAH kurniakan. insyaALLAH aku akan jage baby ni dengan sebaiknya dan memberikan manfaat yg terbaik tuk nya =).

sangat-sangat berterima kasih yang membantu tuk mencari baby ku ini,hehe... thanks a lot, klu x da sedara aku ni kompem x kan dpt nya lah,huhu...

ok, dah melalut kelain.

sebenarnya aku nak kongsi moment aku n family beraya di kampung. tahun ini raya haji rasa sangat bermakna dan situasi yang sangat berbeza dari raya haji yang lepas-lepas. lagi2 beraya ngan baby sendiri memang happy habis la kan,haha....

ok meh aku kenalkan atok belah baba aku ------->

nenek ku ngah makan nasi, sje ngaco nyerr...


situasi yang gembira dapat bersama family tercinta. masing-masing sibuk dengan hal masing-masing so raya macam ni la dapat spend time together kan. so aku tak kan lepaskan moment2 yang best =).

disebabkan baru dapat baby baru excited g ambik gambor lembu,hehehe... gigih bebeno,haha





baba and embah ku ketika melawat kubur atok.....

sje ambikk sebab cantik =)



kenangan kat umahhh nenek.... =)






dua orang anak sedara ku yang comelllll.....





ok da lewat da tak tau nk tulis ape so tnggu entry seterusnya. hehehe...

"HIDUP adalah satu perjalanan yg panjang. hujungnya sejauh pandangan mata. adakalanya laluan makin payah. sedangkan kaki kita mula lelah dan langkah kita semakin lemah. hanya hati yg sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat ALLAH shja yg akan kekal kuat dan tidak pernah berasa sendiri."

assalamualaikum =)

Friday 19 October 2012

sembang santai bersama Alumni.

assalamualaikum =)
da lame x update blog, x sempat because busy sangat2 dengan class also assignment.
alhamdulillah harini berkesempatan also ade something yang saya ingin kongsikan =).

actually x penting sangat pun tapi rase macam ingin taruk gakk dalam blog,hehehe... *pe yang aku merepek ni.... ok, fine skang kita sambung ngan tujuan yang sebenar. *buat muka serius tuk menaip

ok, semalam saya ada attend event bersama senior-senior yang amat berpengalaman dalam psychology and counseling. pengalaman yang mereka kongsikan amat menarik dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki praktikam nanti also memberikan kefahaman yang lebih mendalam dalam memahami maksud sebenar pyschology and counseling.

jom saya kenalkan panel2 yang kami jemput khas tuk adik-adik yang masih tercari-cari maksud sebenar psychology and counseling =).

ni adalah panel pertama kami, kitaorang panggil dia "kak Ani" =)


ni plak panel kedua kami, kitorang panggil "abang muslim @ ustaz muslim" =)

alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, ramai dari kalangan pelajar-pelajar yang menanyakan soalan-soalan kepada panel dan berpuas hati dengan event ini. semoga second event nanti mendapat sambutan seperti event ni gak, insyaALLAH =)

ni plak suasana ketika sepanjang event berlangsung....








sedikit cenderahati kepada panel2 jemputan kami... walaupun x seberapa tapi ikhlas dari kami semua =)




itu sahaja yang ingin dikongsikan. semoga ade persambungan tuk entry seterusnya,huhu... event seterusnya akan dibuat selepas aidil adha dan jemputan kami adalah pegawai polis dan pakar psychology. semoga bermanfaat tuk semua nanti, insyaALLAH.


"Kupasan semalam itu adalah kenangan yang semakin jauh meninggalkan. Sungguh aku rindukan indahnya persahabatan yang diawali dengan pertemuan. Kita bagaikan dua jarak yang terpisah, namun dirapatkan oleh teguhnya ikatan yang tidak goyang. Kini badai ombak yang datang melanda menggugat utuhnya ikatan itu. Ombak yang datang menghempas pasak yang kita bina itu teramat kuat menerkam. Dan kita jua yang semakin goyah dalam mengikat kepercayaan. Andai aku yang terleka dalam menggenggam erat ikatan itu, sudilah di benakmu untuk memaafkan aku. Kerana aku tahu, aku hanya teman yang lemah dalam menjaga ikatan itu. Maafkan aku."

assalamualaikum =)

Saturday 8 September 2012

kasih sayang dari ALLAH....

assalamualaikum =)



kadang-kadang ujian datang kepada seorang hamba tanpa disedari. ALLAH menguji umatnya untuk melihat sekuat mana hambanya mengadu dan ingat pada nya apabila mereka mengahadapi masalah. ALLAH amat menyayangi hambanya walaupun hambanya sentiasa melakukan maksiat dan sentiasa melakukan dosa kepadanya tetapi dia sentiasa megabulkan doa-doa hambanya dan sentiasa berada di sisi hambanya dalam kesulitan. Saya terfikir tidak malukah kita kepada ALLAH yang menciptakan kita sentiasa memberikan rezeki dan segala yang kita minta sedangkan kita sentiasa lupakan dia??!!

ALLAH itu maha adil, dia tidak pernah pilih kasih di antara hambanya. kita sebagai hamba yang harus memilih jalan yang terbaik untuk mendekatkan diri kepadanya dan bersyukur dalam setiap apa yang diberikan. aku hanya manusia biasa yang mudah tergoda dengan dunia yang fana ni tapi aku tahu ALLAH sentiasa akan menghantar seorang sahabat untuk menarik aku kembali kepadanya dan membantu kawan-kawan aku yang jua menghadapi perkara yang sama.

ALHAMDULILLAH, aku masih diberi kesempatan untuk berubah dan mengenal ALLAH dengan lebih dekat lagi. aku sangat berharap agar penghijrahan aku ini kekal sehingga aku bertemu dengan tuhan-ku dan rasul-ku yang selama ini akan sangat berharap untuk bertemu dengan mereka. ya ALLAH, sesungguhnya engkau tuhan yang maha besar dan aku amat bersyukur kerana menjadi hamba-Mu. aku amat mengharapkan keampunan-Mu atas perbuatan aku yang selama ini menjauhi-Mu dan melupakan-Mu. setiap ujian yang kau hadirkan kepada aku adalah kasih sayang yang kau tunjukkan pada aku, aku sungguh bersyukur kerana engkau sentiasa ingat kepada ku agar aku kuat dalam menghadapi arus dunia yang sentiasa berombak ini dan perbanyakkan amalan ku untuk dibawa kesana nanti.

terima kasih ya ALLAH kerana sangat mencintai ku dan aku amat bersyukur kau kurniakan family, sahabat-sahabat, teman-teman, dan orang sekeliling ku yang sentiasa menarik ku untuk mengenali-Mu dengan lebih mendalam dan membantu aku untuk berubah kearah yang lebih baik.

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH!!!

assalamualaikum =)

Monday 3 September 2012

Doa agar diberi JODOH TERBAIK...


Assalamualaikum =)



alhamdulillah diberi kesempatan tuk bt entry ni, sekadar ingin b'kongsi b'sama teman-teman semoga doa ini didengar dan dikabulkan olehnya, insyaALLAH...

Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...

( Untuk saya dan sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin )

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....

assalamualaikum =)

*pinjam gambo abdul mu'izz

Wednesday 29 August 2012

kasih Ilahi

assalamualaikum =)

alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup dan mengumpul amalan sebelum dipanggil menghadap yang maha mencipta. entry ni sebenarnya sekadar luahan hati sebagai seorang insan yg masih mencari cahaya Ilahi untuk mengubah diri kearah yang lebih baik supaya dapat menjadi insan yg terbaik di mata yg maha Besar.

kadang2 bila sedih kita akan menutupi kesedihan dengan senyuman,
ade juga manusia dia gembira tetapi menampakkan riaksi dalam kesedihan,
kenapa semua ni berlaku??
kadang2 benda ni berlaku pada diri saya sendiri...
saya tak tau kenapa harini hati saya sangat sayu dengan sendirinya ia mengalirkan air mata,
hati merasakan sebak yang teramat sehingga menangis teresak2,
bila terfikir mungkin hanya mainan perasaan tetapi terasa seperti kehilangan sesuatu yg amat penting dalam hidup, tidak ada tempat lain yang mampu aku curahkan perasaan melainkan kepada yang maha Esa kerana hanya kepada-Nya aku mampu mengadu... semoga apa yang aku rasakan ini adalah petanda supaya aku lebih lagi mendekatkan diri kepadanya.
aku masih insan yang lemah yang mudah tergelincir tetapi insyaALLAH dengan bantuan family, kawan2 dan kekuatan yang dimiliki akan aku cuba untuk menjadi yang terbaik dan menjaga amalan ku supaya aku dapat bertemu dengan Tuhan yang menciptakan aku dan Nabi Muhammad S.A.W rasul-ku.

sesungguhnya ALLAH maha mengetahui dalam setiap sesuatu. setiap yang berlaku dalam hidupku adalah ketentuan yang maha Esa dan aku redha. kau sayangi dan kasih lah padaku dengan menguji hamba mu ini supaya aku dapat membuktikan kecintaan dan kasih ku kepada mu ya Rab.

mencintai manusia tidak akan membawa aku kemana, dengan mencintai mu pasti kau akan kurniakan seorang hamba yang cinta dan kasih kepadamu satu hari nanti kalau bukan di dunia pasti di akhirat kelakk. cinta adalah sesuatu yang amat suci dan sebagai manusia mudah untuk jatuh cinta tetapi akan ku gagahkan diri untuk mengawal semua itu kerana khayalan tidak membawa apa-apa makna dan andai aku yakin dia adalah jodohku pasti ALLAH akan permudahkan jalanya, itu aku pasti.. sesungguhnya ALLAH sudah memberi yang terbaik untuk diriku dan aku syukur diatas setiap yang di kurniakan.

terima kasih ya ALLAH kerana kau masih memberi ku peluang untuk berubah dan mendekatkan diriku pada mu. aku amat bersyukur dan berterima kasih kerana memberikan family yang penuh dengan agama dan kawan-kawan yang sentiasa menarik ku untuk mengenal agama dengan lebih mendalam. sesungguhnya engkau tuhan yang maha adil lagi bijaksana. terima kasih ya Rab.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...

assalamualaikum =)

Saturday 25 August 2012

walimah my lovely sis

assalamualaikum =)

alhamdulillah dgn izin ALLAH akak sy sudah diijabkabulkan dan sah menjadi isteri orang...
majlis yg b'langsung selama 4 hari mmg memenatkan tetapi sangat2 seronok kerana dpt melihat kebahagian kak long dan family...
semoga masjid yg dibina diberkati oleh ALLAH dan utuh sehingga ke syurga,insyaALLAH....

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan[402] diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi”. (Q.S Al Maa’idah, 5:5).

ni sedikit gambar ketika majlis sedang berlangsung...
keadaan yg sngt meriah dgn kehadiran sanak saudara kerumah =)

persediaan utk makan mlm ketika akad nikah....





hantaran dri pihak lelaki n perempuan...

bertukar suapan =)



mak pihak lelaki..


umie pihak perempuan...


chef pd majlis perkahwinan kak long =)


rombongan ke rumah abg ipar =)




nenek sedara *cantik kan =)



makan beradab di rumah abg ipar =)




umie n baba khusyuk mkan =)




family kami2 =)


family abg long =)

kak wif mak sedara...


kami 5 beradik pompuan =)




“Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran”. (Q.S Al Baqarah, 2:221).

“Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka;maka jika kamu telah mengetahui bahwa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada (suami suami) mereka, mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atasmu mengawini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkawinan) dengan perempuan-perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta mahar yang telah kamu bayar; dan hendaklah mereka meminta mahar yang telah mereka bayar. Demikianlah hukum Allah yang ditetapkanNya di antara kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Q.S Al Mumtahanah, 60:10).

“Dan barangsiapa diantara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup perbelanjaannya untuk mengawini wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengawini wanita yang beriman, dari budak-budak yang kamu miliki. Allah mengetahui keimananmu; sebahagian kamu adalah dari sebahagian yang lain, karena itu kawinilah mereka dengan seizin tuan mereka, dan berilah maskawin mereka menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan pezina dan bukan (pula) wanita yang mengambil laki-laki lain sebagai piaraannya; dan apabila mereka telah menjaga diri dengan kawin, kemudian mereka melakukan perbuatan yang keji (zina), maka atas mereka separo hukuman dari hukuman wanita-wanita merdeka yang bersuami. (Kebolehan mengawini budak) itu, adalah bagi orang-orang yang takut kepada kemasyakatan menjaga diri (dari perbuatan zina) di antara kamu, dan kesabaran itu lebih baik bagimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.S An Nisaa’, 4:25).

“Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) mengetahui”. (Q.S Al Baqarah, 2:230).

semoga mereka berkekalan hingga ke syurga, aminnnnnn....

thanks a lot kpd kedua2 belah pihak dan juga diri sndiri coz 3 ari berturut2 masak tpi sngt enjoy...
insyaALLAH kami akan menyusul seperti kak long,huhuhu...

thank coz sudi singgah =)

assalamualaikum =)