وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Friday 22 February 2013

memandang ke LANGIT

assalamualaikum

"..aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada ku. maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Al-baqarah: 186 

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." Ghafir: 55

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani....

Ya ALLAH, seandainya telah kau catatkan dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagian antara kami agar kebahagian itu kekal abadi.

Ya ALLAH ya TUHAN ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, ketepian yang sejahtera dan abadi, maka jodohkanlah kami.

tetapi ya ALLAH, seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. 

Ya ALLAH ya TUHAN ku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan menolak bayangnya jauh di dada langit, hilang bersama senja nan merah agarku senantiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya ALLAH ya Tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku dia dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan hambaMu yang dhaif ini.

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya ALLAH, berikanlah kami kebahagian di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.

AMIN..... 

"ku ingin membina masjid yang utuh dengan cinta dan redha ILAHI, ku berserah padaMu ya ALLAH"

note: gambar hiasan