وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Wednesday 29 August 2012

kasih Ilahi

assalamualaikum =)

alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup dan mengumpul amalan sebelum dipanggil menghadap yang maha mencipta. entry ni sebenarnya sekadar luahan hati sebagai seorang insan yg masih mencari cahaya Ilahi untuk mengubah diri kearah yang lebih baik supaya dapat menjadi insan yg terbaik di mata yg maha Besar.

kadang2 bila sedih kita akan menutupi kesedihan dengan senyuman,
ade juga manusia dia gembira tetapi menampakkan riaksi dalam kesedihan,
kenapa semua ni berlaku??
kadang2 benda ni berlaku pada diri saya sendiri...
saya tak tau kenapa harini hati saya sangat sayu dengan sendirinya ia mengalirkan air mata,
hati merasakan sebak yang teramat sehingga menangis teresak2,
bila terfikir mungkin hanya mainan perasaan tetapi terasa seperti kehilangan sesuatu yg amat penting dalam hidup, tidak ada tempat lain yang mampu aku curahkan perasaan melainkan kepada yang maha Esa kerana hanya kepada-Nya aku mampu mengadu... semoga apa yang aku rasakan ini adalah petanda supaya aku lebih lagi mendekatkan diri kepadanya.
aku masih insan yang lemah yang mudah tergelincir tetapi insyaALLAH dengan bantuan family, kawan2 dan kekuatan yang dimiliki akan aku cuba untuk menjadi yang terbaik dan menjaga amalan ku supaya aku dapat bertemu dengan Tuhan yang menciptakan aku dan Nabi Muhammad S.A.W rasul-ku.

sesungguhnya ALLAH maha mengetahui dalam setiap sesuatu. setiap yang berlaku dalam hidupku adalah ketentuan yang maha Esa dan aku redha. kau sayangi dan kasih lah padaku dengan menguji hamba mu ini supaya aku dapat membuktikan kecintaan dan kasih ku kepada mu ya Rab.

mencintai manusia tidak akan membawa aku kemana, dengan mencintai mu pasti kau akan kurniakan seorang hamba yang cinta dan kasih kepadamu satu hari nanti kalau bukan di dunia pasti di akhirat kelakk. cinta adalah sesuatu yang amat suci dan sebagai manusia mudah untuk jatuh cinta tetapi akan ku gagahkan diri untuk mengawal semua itu kerana khayalan tidak membawa apa-apa makna dan andai aku yakin dia adalah jodohku pasti ALLAH akan permudahkan jalanya, itu aku pasti.. sesungguhnya ALLAH sudah memberi yang terbaik untuk diriku dan aku syukur diatas setiap yang di kurniakan.

terima kasih ya ALLAH kerana kau masih memberi ku peluang untuk berubah dan mendekatkan diriku pada mu. aku amat bersyukur dan berterima kasih kerana memberikan family yang penuh dengan agama dan kawan-kawan yang sentiasa menarik ku untuk mengenal agama dengan lebih mendalam. sesungguhnya engkau tuhan yang maha adil lagi bijaksana. terima kasih ya Rab.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...

assalamualaikum =)

Saturday 25 August 2012

walimah my lovely sis

assalamualaikum =)

alhamdulillah dgn izin ALLAH akak sy sudah diijabkabulkan dan sah menjadi isteri orang...
majlis yg b'langsung selama 4 hari mmg memenatkan tetapi sangat2 seronok kerana dpt melihat kebahagian kak long dan family...
semoga masjid yg dibina diberkati oleh ALLAH dan utuh sehingga ke syurga,insyaALLAH....

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan[402] diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi”. (Q.S Al Maa’idah, 5:5).

ni sedikit gambar ketika majlis sedang berlangsung...
keadaan yg sngt meriah dgn kehadiran sanak saudara kerumah =)

persediaan utk makan mlm ketika akad nikah....





hantaran dri pihak lelaki n perempuan...

bertukar suapan =)



mak pihak lelaki..


umie pihak perempuan...


chef pd majlis perkahwinan kak long =)


rombongan ke rumah abg ipar =)




nenek sedara *cantik kan =)



makan beradab di rumah abg ipar =)




umie n baba khusyuk mkan =)




family kami2 =)


family abg long =)

kak wif mak sedara...


kami 5 beradik pompuan =)




“Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran”. (Q.S Al Baqarah, 2:221).

“Hai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka;maka jika kamu telah mengetahui bahwa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada (suami suami) mereka, mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atasmu mengawini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali (perkawinan) dengan perempuan-perempuan kafir; dan hendaklah kamu minta mahar yang telah kamu bayar; dan hendaklah mereka meminta mahar yang telah mereka bayar. Demikianlah hukum Allah yang ditetapkanNya di antara kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Q.S Al Mumtahanah, 60:10).

“Dan barangsiapa diantara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup perbelanjaannya untuk mengawini wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengawini wanita yang beriman, dari budak-budak yang kamu miliki. Allah mengetahui keimananmu; sebahagian kamu adalah dari sebahagian yang lain, karena itu kawinilah mereka dengan seizin tuan mereka, dan berilah maskawin mereka menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan pezina dan bukan (pula) wanita yang mengambil laki-laki lain sebagai piaraannya; dan apabila mereka telah menjaga diri dengan kawin, kemudian mereka melakukan perbuatan yang keji (zina), maka atas mereka separo hukuman dari hukuman wanita-wanita merdeka yang bersuami. (Kebolehan mengawini budak) itu, adalah bagi orang-orang yang takut kepada kemasyakatan menjaga diri (dari perbuatan zina) di antara kamu, dan kesabaran itu lebih baik bagimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.S An Nisaa’, 4:25).

“Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) mengetahui”. (Q.S Al Baqarah, 2:230).

semoga mereka berkekalan hingga ke syurga, aminnnnnn....

thanks a lot kpd kedua2 belah pihak dan juga diri sndiri coz 3 ari berturut2 masak tpi sngt enjoy...
insyaALLAH kami akan menyusul seperti kak long,huhuhu...

thank coz sudi singgah =)

assalamualaikum =)

Sunday 19 August 2012

eid mubarak =)

assalamualaikum=)



Ibadah yg b'jaya ialah ibadah yg boleh d'bawa keluar dari skopnya dan mesti memberikan kesan pada diri sendiri contohnya dalam Ramadhan rajin membaca Al-Quran bahkan luar Ramadhan juga rajin membaca Al-Quran, beribadah kera
na ALLAH bukan kerana Ramadhan, istiqamah, maintain, dan kekal dlm ibadah walau apa jua keadaan, ALLAHU musta'aan...



-eid mubarak minal aidil wafaizin, maaf zahir n batin ikhlas dri saya n keluarga =) -


semoga anda gembira bersama family tercinta =)





Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.

Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.

Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.

Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.

Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.

Friday 17 August 2012

doa akhir ramadhan

assalamualaikum =)



DOA AKHIR RAMADHAN..
ya ALLAH,
Ramadhan akan berakhir dan akan meninggalkan kami, oleh itu berilah masa kepada kami untuk terus beramal seperti dalam bulan Ramadhan. kami bersyukur kerana diberi hidayah dan petunjuk untuk mentaati-Mu dengan ikhlas hati kami dan beribadat kepada-Mu mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.

ya ALLAH,
kami memohon kepada-Mu semoga dipanjangkan umur kami lagi untuk bertemu dengan Ramadhan ditahun hadapan supaya dapat kami mengabdikan kepada-Mu.

ya ALLAH,
sekiranya kami tidak sempat bertemu dengan bulan Ramadhan lagi, maka Engkau ampunkan dosa kami dan masukkan kami kedalam syurga-Mu.

ya ALLAH,
kami berharap dengan berakgirnya bulan Ramadhan yang mulia ini, segala amalan kami Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan, Aammiiinnnnn....

semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat ALLAH, insyaALLAH... 
assalamualaikum =)








Thursday 9 August 2012

Adakah di sana sudah ada yang b'sedia untuk ke syurga??!!

assalamualaikum =)



BERSABDA Rasulullah SAW: " ketahuilah, adakah sudah ada yang bersedia untuk ke syurga? Maka sesungguhnya syurga itu tidak pernah terlintas di fikiran seseorang. Syurga dan Tuhan kaabah itu mempunyai cahaya yang bersinar-sinar, bau-bauannya menggegarkan, istana yang kukuh, sungai yang mengalir, buah-buahan yang lazat, isteri yang cantik, pakaian baru yang banyak, suatu makanan yang abadi di negeri yang sejahtera, buah-buahan, sayur-sayuran, penuh dengan kegembiraan dan nikmat di dalam perhiasan yang agung dan mengujakan. mereka telah berkata:" Ya, Wahai Rasulullah, kami sudah pun bersedia untuknya". Nabi bersabda: "katakanlah insya ALLAH'. maka mereka berkata: "insyaALLAH".

Sesungguhnya untuk memasuki syurga itu memerlukan kepada kesungguhan di dalam mentaati ALLAH selepas daripada kebergantungan kepada rahmat ALLAH, kenapa tidak? Kita hanya hidup beberapa hari sahaja di atas dunia ini, kemudian kita akan berpindah ke alam kubur dan negeri akhirat bertahun lamanya yang tidak ada akhirnya.

Hendaklah setiap daripada kita menggambarkan betapa perasaan sesal menyelubungi hati orang-orang yang lalai tatkala ketika terbentang di hadapan mereka akan balasan yang pedih sebagai balasan terhadap kelekaan di dalam mengabdikan diri kepada Tuhan Pencipta mereka.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
" ALLAH bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" maksud ayat seterusnya: " mereka menjawab: "kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung". maksud ayat seterusnya: "ALLAH berfirman: kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau  kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." maksud ayat seterusnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"
                                                                                 -Surah al-mukminun : 112 -115-

Sesungguhnya ahli kubur amatlah berharap agar mereka dapat kembali ke dunia supaya mereka dapat memuji ALLAH dan sujud kepada-Nya walaupun hanya sekali.

Adakah kita dapat mengambil iktibar daripada kisah mereka? Tidakkah kita perlu bangun dari kealpaan dan bersedia untuk bersemuka dengan halatuju yang menunggu kita sekarang?

Sesungguhnya kita masih di dunia dan masih mempunyai peluang kedua yang terbentang luas di hadapan kita untuk mencari bekalan menuju kematian, maka inilah dia bulan Ramadhan yang perlu kita galas.
Marilah sama-sama kita meninggalkan keseronokan dunia, meninggalkan katil kita dan mengejutkan ahli keluarga kita, mengangkat bendera jihad melawan nafsu syahwat kita.

Marilah kita menjawab seruan ALLAH yang bermaksud:
"Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari ALLAH - hari yang tidak dapat ditolak, pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlingung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan)".
                                                                                      - Surah Ash-Syura : 47 -


cerita diatas dipetik daripada buku "mutiara Ramadhan"
saya hanya ingin berkongsi kepada semua ape yang saya baca dan banyak yang dapat diambil iktibar daripada buku ini.
banyak tajuk2 menarik yang terdapat di dalam buku ini seperti keadaan manusia ketika Ramadhan, tanda hati yang telah dirawat, bersama dengan ALLAH SWT, dan banyak lagi....
andai anda berminat untuk menbaca buku ini boleh dapatkan di "Jaafar Rawas" di kelantan...

terima kasih kerana sudi membaca entry ni..
semoga mendapat manfaat bersama, insyaALLAH....

|Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari jumaat." (Hadis riwayat Tirmizi)|

selamat hari jumaat semua =)
assalamualaikum semua2 =)







iftar 2012 wif friends

assalamualaikum =)


tinggal berapa hari lagi Ramadhan akan tinggalkan kita. terasa sayu tetiba plak bila terfikir pasal bulan ramadhan ni... adakah masih ada peluang untuk kita merasai pada tahun hadapan??

ya ALLAH, rasa masih kurang amalan yg hamba lakukan pd ramadhan ini. semoga yang maha esa menerima segala amalan yang aku lakukan untuk menambah pahala yang masih kurang dalam diri aku untuk dibawa bekalan akhirat nanti...

sebenarnya saya bukan nak cerita pasal ni =)
just nak gtau macam mne iftar saya bersama teman-teman semalam di haza bistro, kota bharu.
sangat seronok sebab masih berpeluang untuk bersama teman-teman sebelum semua menjejakkan diri ke alam perkahwinan. semoga selepas kawen nanti masih berpeluang untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat lagi.

walapun iftar tidak seberapa tapi alhamdulillah kerana masih diberi rezeki untuk berbuka berbanding mereka2 yang tidak berpeluang merasai makanan seperti kami. terima kasih ya ALLAH kerana masih murahkan rezeki kami.

jom saya tunjukkan menu2 yang kami beriftar semalam =)



 azieee peace =).... 


 sya n anis...


 buah sebelum mkan =)




ini plak sajian yang disediakan untuk kami berbuka...
Alhamdulillah =)











sahabat-sahabat seangkatan dengan saya =)
terimas sangat2 sebab sudi beriftar sekali...
insyaALLAH de rezeki kita buat lagi yerr tawan-tawan =)

 waiina asiah =)
|bakal pengantin raya nnti|


 nur alfisha yang sweet =)


 anis kwn yg lme sngt x jmpa... alhamdulillah dia dpt hadir =)


 azi n anis =)



keadaan makanan selepas habis menjamu selera,huhu
memang terbaik la semua...
suke3 =)





tu jelah yang mampu dikongsi...
ramai yg x dpt menghadirkan diri kerana ade musykilah sedikit tpi x perr insyaALLAH ade mase kita buat lagi yerr tawan-tawan...

saat-saat begini akan sentiasa tersemat di hati dan ingatan...
kenangan bersama sahabat-sahabat yang sangat manis menyebabkan saya ingin menangiss,wuwuwu T^T
semoga kenangan ini menjadikan ukhuwah kita semakin erat dan bermakna dalam hidup kita, insyaALLAH...

terima kasih sudi meluangkan masa untuk bace entry ni...
semoga masih diberi kesempatan untuk beriftar lagi =)

|Doa itu senjata mukmin sejati. Asa yang berbaki jangan dibiar putus musnah. Yakin itu optimis yang mana berimannnya hamba kepada Dia. Apakah makna abdi jika bukan kita yang tidak abadi? Hanya Dia yang Maha segalanya| by Abdul Mu'izz ...


assalamualaikum =)

Wednesday 8 August 2012

malam lailatul qadar malam yang lebih baik dari seribu malam...

assalamualaikum... =)



Malam berlalu dengan pantas meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi dengan Ramadhan. tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan iaitu mencari malam lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang kehebatan malam lailatul qadar. malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu yang boleh merubah kehidupan kita.

Rasulullah S.A.W sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailaul qadar terutama 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan dengan beriktikaf di masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam lailatul qadar yang mulia.

ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya yang maksudnya:
"Biasanya Rasulullah S.A.W. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan ramadhan berbanding masa yang lain."

Hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang maksudnya :
" saya pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. bagaimana kiranya saya mengetahui malam lailatul qadar dengan tepat. apa yang saya akan doakan pada saat itu. baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut" yang bermaksud: " ya ALLAH ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku."

bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari malam lailatul qadar yang tepat kerana itu adalah rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh-sungguh mencari malam lailatul qadar. hanya ada satu tips pasti berjumpa malam lailatul qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang terakhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, membaca Al-Quran dan Berdoalah memohon keampuan dan keredhaan ALLAH SWT.

InsyaALLAH dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah malam lailatul Qadar. jangan lupa doa kita untuk umat dan makhluk seluruh alam insyaALLAH malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.

[ LAILATUL QADAR, Malam yang dirindui. Aisyah r.a. berkata : "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah." ]

sama-samalah kita mencari lailatul qadar tawan-tawan...
creadit untuk diri sendiri... 
insan yg penuh kekurangan untuk berubah menjadi lebih baik, insyaALLAH

assalamualaikum =) 














Sunday 5 August 2012

nuzul al-quran



assalamualaikum =)







“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [TMQ al-Baqarah (2):185].


17 Ramadhan sering diingati dan di peringatkan kepada kita setiap tahun. Tarikh yang di mana turunya kitab terakhir, yang memansuhkan kitab- kitab umat yang terdahulu, iaitu Al Quran. Peringatan yang sering dilontarkan adalah agar kita semua mengimarahkan hari-hari di bulan Ramadhan dengan membaca Al- Quran sebanyak- banyak yang mungkin. Malah, ada yang melakukan solat tarawikh dengan bacaan 1 juzuk daripada al-Quran pada setiap malam dengan harapan beliau akan mampu mengkhatamkan al-Quran semasa di bulan Ramadhan. 


Tidak dapat dinafikan, amalan ini memang merupakan amalan yang baik dan terpuji. Malah, si pembaca akan mendapat ganjaran pahala bagi setiap bacaan al – Quran yang dilafazkannya. Namun begitu, kebanyakan daripada kaum Muslimin hari ini, mereka membaca al-Quran dan menghafalnya, tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya. Begitu juga, mereka sangat sensitif menjaga fizikal (mushaf) al- Quran, tetapi meremehkan, memperleceh, dan menolak hukum yang terkandung didalamnya. Allah dengan tegas mengingatkan golongan seperti ini di dalam al- Quran :


“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].


Malah, sesetengah daripada umat akhir zaman ini menjadikan al- Quran sebagai kitab yang mempunyai kuasa ”mistik”, dimana mereka menjadikannya sebagai tangkal, pelaris jualan, penolak bala, penghalau syaitan tetapi Al- Quran yang sama tidak dijadikan pedoman, petunjuk dan pembentuk kesedaran dalam diri agar menjadi umat yang terbaik, yang terpancar hasil daripada terterapnya keseluruhan hukum Allah yang tedapat di dalam al- Quran dalam segenap aspek kehidupan mereka. Ada juga sebahagiannya yang hanya menjadikan ayat- ayat Allah ini sebagai bahan hiasan dalaman rumah yang menghiasi dinding- dinding rumah, tetapi tidak memahami langsung ayat tersebut dan lebih teruk sekiranya ada yang menganggap ayat- ayat Allah ini sebagai hasil seni yang sangat menakjubkan. Nauzubilahi min zalik!


Sering kita dengari umat Islam senantiasa mengatakan bahawa Al-Qur’an adalah pedoman hidup, tetapi pada masa yang sama mereka tidak menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur kehidupan. Umat Islam hanya memilih hukum-hakam tertentu yang ada di dalam Al-Qur’an untuk diamalkan dan mereka meninggalkan sebahagian besar hukum-hakam yang lain. Mereka mengambil ayat-ayat tentang akhlak tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang mua’malat. Mereka mengambil ayat-ayat tentang wudhu’ tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang hudud. Mereka mengambil ayat-ayat tentang puasa tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang jihad. Sebagai contoh, di dalam al-Quran Allah ada berfirman dengan lafaz yang sama dan hampir sama iaitu :


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa [TMQ Al Baqarah (2) : 183]

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.[TMQ AL Baqarah (2) : 178]



Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [TMQ AL Baqarah (2) : 216]
Ketiga- tiga ayat di atas menggunakan lafaz perkataan ”kutiba” yang bermaksud ”telah diwajibkan keatas kamu”, yang memberi konotasi wajib untuk dilaksanakan. Namun begitu, kaum Muslimin pada masa sekarang berbondong- bondong menyahut seruan ayat tentang puasa, tetapi mengabaikan seruan Allah supaya menegakkan qishaash dan jihad. Walhal, kewajipan puasa, solat, zakat, dan haji adalah sama dengan kewajipan menerapkan hukuman qishaash dan melancarkan jihad oleh pemimpin kaum muslimin.


Di sini kita dapat melihat, bahawa mereka hanya memilih hukum-hukum yang mereka suka untuk diamalkan. Mereka berusaha menundukkan Al-Qur’an agar sesuai dengan hawa nafsu mereka. Mereka malah mengambil hukum kufur yang dibuat oleh penjajah dan meninggalkan hukum Allah. Dengan sebab inilah Allah menurunkan kehinaanNya ke atas mereka.


“.....apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang sangat berat.....” [TMQ Al-Baqarah (2):85].


Wahai umat Islam yang sentiasa dalam kasih sayang Allah sekalian. Kita mesti sedar bahawa, al- Quran yang diturunkan bukanlah hanya semata- mata untuk dibaca semata, tetapi ia mengandungi petunjuk sepanjang zaman, sebagaimana sabda Rasulullah :


Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara; jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya” [HR Muslim].


Semoga peringatan Nuzul al Quran yang ringkas kali ini memberi kesedaran kepada kita semua agar bersama- sama mengembalikan hukum- hukum Allah di dalam kehidupan dan bukannya ayat- ayat Allah ini sekadar menjadi pemanis mulut dan penyedap telinga semata-  mata.


“Dari Ali, radhiaAllahu ‘anhu, katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bersabda: 

"Awaslah, sesungguhnya akan berlaku fitnah". Aku bertanya: "Apakah jalan keluar darinya ya Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah. Di dalamnya terdapat kisah-kisah apa yang sebelum kamu dan pengkhabaran apa yang akan datang sesudahmu; dan hukum-hakam di antara kamu; Ia (Al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana sombong, akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dari selainnya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran yang bijaksana; Ia adalah As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar atau berputar belit; dan para ulama pula tidak pernah puas darinya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata “Sesungguhnya kami mendengar bacaan Al-Qur'an yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya."; sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; dan sesiapa sahaja yang beramal dengannya, pahalalah ganjarannya; dan sesiapa sahaja yang berhukum dengannya, adillah ia; dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya ia menunjuk kepada Siratil Mustaqim (jalan yang lurus)." [HR Tirmizi dan Darimi].



sekadar perkongsian....
assalamualaikum =)