assalamualaikum =)
aku lahir ke atas dunia dengan izin-MU,
lahirku saat Rasul dan sahabat sudah tiada,
para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkan ku,
zaman ku adalah zaman pemerintahan islam lagi tidak berkuasa,
aku terbit dalam masyarakat islam,
namus islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka.
namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat islam bersinar semula,
aku kuatkan azam untuk menyertai mereka,
cuba sedaya upaya mengerakkan generasiku yang telah lumpuh ini,
generasi seusiaku yang sakit,
lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu,
sibuk dengan cinta yang penuh dengan noda.
aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna,
namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna,
kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa,
dan tugasku adalah berusaha,
gagal jatuh, dicela tak diterima itu perkara biasa,
aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati,
bukan nilaian harta yang aku cari,
bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia,
cukuplah REDHA MU sebagai harga.
bantulah hamba Mu ini,
sedarkanlah semula generasiku YA RABB,
bangunkanlah semula ummat ini,
aku yakin islam pasti kembali dan aku tidak akan berhenti.
------------------------------------------
"katakanlah inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang mengikutiku mengajak
kepada ALLAH dengan yakin,
maha suci ALLAH, dan aku tidak termasuk
orang-orang musyrik"
yusuf : 108
sesungguhnya ALLAH itu maha besar dan maha mengetahui....
minta lah kepadaNYA nescaya dia akan menunaikannya...
berimanlah kepada yang MAHA MENCIPTA...
semoga mendapat manfaat bersama, inshaALLAH
assalamualaikum =)
i like dis post ;)
ReplyDelete