وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Thursday 3 January 2013

2013 sarat impian

assalamualaikum...

lama x buat entry baru, masa tidak mengizinkan tambah plak skang exam...
tapi tetiba hati rasa rindu nak buat entry even x ramai yang bace tapi yang penting kepuasan diri sendiri, emmm emmm...

ALHAMDULILLAH da 2013 an, cepat betul masa berlalu...
adakah iman bertambah sama dengan masa dan waktu yang tidak pernah tunggu kita??
apabila fikir balik apa yang aku dah buat untuk menambahkan iman aku...
merasakan diri aku makin jauh dengan yang maha mencipta...

bila ku merenung dan mengamati, sudah ramai kawan-kawan yang dah selesaikan separuh amanat iaitu khawin...

BILAKAH MASA KU??

asyik persoalan ni jerr yg main lam fikiran tapi aku muda lagiii takk perr ALLAH nak suruh aku persiapkan kapal yang kukuh untuk berlayar nanti...
skang aku baru mempunyai sampan yang kalau di pukul ombak kejap jerr pecah terburai...
hurmm inshaALLAH perancangan ALLAH itu adalah yang terbaikkk...

bila ckp sal khawin mesti orang cakap ...
"alahhh muda lagii, blaja la dulu.. tak payah nak fikir itu semua..."

aku hanya tersenyum sebab aku tahu apa yang mereka cakap tu semua betull...
inshaALLAH semua sudah tertulis dan apa yang berlaku adalah sesuatu yang terbaik dalam mendekatkan diri pada yang ESA.

CINTA???!!!

siapa tak nak bercinta an..
nak rasa disayangi...
nak rasa dihargai dan diperlukan tapi bukan dengan cara bercouple...
HALAL adalah sesuatu perkataan yang ringkas tapi mempunyai maksud yang sangat mendalam...
hubungan yang halal dan diredhai itu adalah impian semua manusia...
aku tahu ALLAH sudah siapkan seorang hamba yang bakal menjadi suami aku untuk sama-sama mencari keberkatan, rahmat, dan redha ALLAH.
sama-sama mendirikan sebuah masjid yang bersinar yang diwarnai oleh cahaya-cahaya agama yang sangat indahh...

inshaALLAH, impian yang sekian lama aku impikan dalam hidupku bakal menemui ku....

mencintai seseorang adalah sesuatu yang amat manis tetapi andai semua ini berlandaskan nafsu jauhkan dari ku kerana aku takut akan leka kepada sesuatu yang belum pasti dan hanyut dalam dunia yang penuh pancaroba ini...
aku hamba yang lemah yang mudah terjatuh tapi akan aku kuatkan kaki dalam meneruskan amanat dan janjiku ketika ku masih belum mengenal dunia kepada yang MAHA MENCIPTA...
kuatkan aku dalam memperjuangkan ISLAM...

CHANGE!!!

aku nak ubah diri kearah yang lebih baikk..
aku masih didalam kekurangan yang amat,..
jauh di sudut hatiku mahu saja aku menangis sekuat hati...
aku sedang bertarung dgn diri ku sendiri, x mudah. ALLAH shja tahu apa yg terbuku di hati, aku masih berada dalam lautan kekurangan, maafkan aku kerana kadangkalanya aku khilaf, terlupa kearah mana patut aku tuju, sebak hati tatkala aku terbayang,
bilakah waktu terakhirku?
dimanakah tempat terakhirku?
siapakah org yg t'akhir berada dgnku?
dgn apakah cara aku mengakhiri cerita hidupku??
ALLAHUAKBAR!!!! kau tuhan yang MAHA BESARR...

berdoalahh semoga semua ini menjadi istiqomah yang hebat dan ikhlas kerana ALLAH...

#doakan kepada sahabat-sahabat kita yang diluar sana semoga ALLAH melindungi mereka daripada manusia-manusia yang masih tidak mengerti tentang agama dan kehidupan sebenar...

#doakan juga agar saya dapat menjawab peperiksaan dengan baikk, inshaALLAH.

----------------------------------




وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭا
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

#semoga semua ini menjadikan kita seorang yang berfikir dan bersyukur dalam semua hal.





سبحان الله الحمدُ لله لا إله إلا الله اللهُ أكبر و لا حول ولا قوة الا بالله


اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

~Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang~




 assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment