وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Sunday 22 July 2012

muhasabah diri....

assalamualaikum....

kebanyakan manusia dia atas muka bumi selalu dilamun keluh-kesah,
kesempitan dan terseksa batin. seolah-olah ada sesuatu yang tidak lengkap di dalam hidup.
semua ini berlaku jika kita tidak merasai nikmat iman di dalam hati.
hidup bagaikan tiada rasa dan tiada perisa. hambar dan kosong meskipun kemewahan dan kelazatan dunia mengelilingi.

islam sememangnya mengalakkan kita untuk mencari rezeki, tetapi kemewahan bukanlah matlamat
yang hakiki. betapa ramai orang yang mampu membeli rumah yang mewah, namun tidak dapat membeli
kebahagiaan di dalamnya. betapa ramai orang yang mampu membeli tilam yang empuk dan mahal,
namun tidak dapat membeli lena semasa tidur. ramai orang yang mampu membeli makanan enak,
namun tidak dapat membeli selera semasa makan. sebab itulah dikatakan, kemewahan harta bukanlah penentu kebahagiaan pada diri kita.

bagaimana ingin bahagia??

ketenangan jiwa menjadikan hidup kita bahagia. ia bagai hembusan dari langit yang diturunkan
ke dalam hati orang yang beriman agar jiwa mereka teguh.

bagaimana untuk kita mencapai ketenangan jiwa?
jawapannya tidak lain tidak bukan, melainkan dengan iman kepada ALLAH SWT
dengan keimanan yang sebenar dan mendalam tanpa ragu-ragu.
dengan adanya iman di hati, seseorang itu tidak akan menjadi resah gelisah meskipun dia mempunyai
seribu masalah. segala masalah akan dirasakan terlalu kecil kerana hatinya menyimpan suatu nilai yang besar,
iaitu mutiara iman.

salah satu cara meningkatkan iman kita iailah dengan membaca al-quran. cuba kita muhasabah sekarang, berapa banyakkah ayat-ayat al-quran yang kita baca pada hari ini?? perlu kita sedar bahawa al-quran
merupakan mukjizat dari langit. tiada mukjizat lain yang boleh kita saksikan pada masa kini melainkan al-quran.
al-quran itu didatangkan khas untuk kita baca dan amalkan.alangkah sayangnya jika ayat-ayat yang begitu hebat ini tidak kita amalkan, bahkan membacanya pun tidak.

daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda :
"tidaklah suatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah ALLAH di mana mereka membaca kitab ALLAH dan belajar bersama antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan ALLAH akan menyebutkan namanya dihadapan para makhluk yang ada di sisi-Nya" (sahih bukhari)

al-quran datang untuk memberikan kepada kita kebesaran dan kekuasaan. ia datang untuk menjadikan kita wakil ALLAH yang sejati di bumi ini. sejarah telah membuktikan bahawa bilamana umat islam berbuat menurut petunjuk-petunjuk yang terkandung dalam kitab ini, maka kitab ini memperlihatkan kemampuannya untuk menjadikan mereka imam dan pemimpin dunia.

percayalah, lazimi al-quran dan nikmatilah berkatnya kualiti masa.
sama-sama kita muhasabah diri kita supaya ia dapat mengukuhkan lagi iman kita kepada yang maha besar yang maha mencipta kita dan seluruh alam ini...

sekadar renungan bersama dan marilah kita sama-sama memperbaiki iman kita kepadanya, insyaALLAH...aminnnn =)




||Bila dikata hanya sia-sia puasa Ramadhan seseorang apabila ia mendedahkan aurat tatkala dia berpuasa, maka ada mulut-mulut luar mengatakan, biar Allah sahaja menilai amalnya.

Memang benar Allah menilai segala amal ibadah yang kita lakukan. Tapi apa guna sesuatu amalan yang dilakukan tanpa mempelajari bagaimana amalan itu patut dilakukan. Beramal tanpa ilmu ibarat pohon yang tiada buahnya.

Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. [Al Furqan:23]

Allah nyatakan dalam Quran bagi mereka yang beramal tanpa ilmu, maka amal ibadahnya itu akan menjadi sia-sa ibarat debu berterbangan.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. (H.R. Tirmidzi)||




petikan ayat diatas diambil dari buku "cinta high class & cintaku untuk agamamu"  


trima kasih coz sudi baca... assalamualaikum =)


No comments:

Post a Comment