وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Sunday 16 March 2014

Tangisan DUNIA

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum sahabat

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi yang tidak kekal ni...
saje sebenarnya saya ingin post entry ni untuk menekankan hal-hal yang telah berlaku atas bumi ALLAH ni...

ALLAH mengetahui setiap apa yang berlaku atas muka bumi ini, lagi2 hal yang melibatkan hambanya...
semakin hari semakin krtikal masalah remaja yang melibatkan arak dan juga dadah sehingga membawa kepada kematian...

ALLAH sedang memberikan ujian kepada seluruh malaysia dengan kehilangan MH370, semua hambanya mendoakan MH370 dan memohon pertolongan darinya, tetapi masih memungkari larangan-NYA...

MH370 masih dalam pencarian, harapan setiap insan adalah semoga setiap hamba ALLAH dalam pesawat tersebut selamat dan pulang dengan jayanya. Dalam menanti kepulangan saudara, masih ada segelintir masyarakat yang menganiyai dan menyakiti diri sendiri dengan merosakkan akidah mereka. Menghadiri konsert yang melalaikan malahan melibatkan perkara yang telah dinyatakan haram dalam al-quran.

Ayat 90 (surah Al-maidah)
Firman ALLAH bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

ALLAH sudah menyatakan apa yang baik dan apa yang buruk untuk hamba-hambanya tetapi adakah kita mengambil ini sebagai suatu yang serius dalam membentuk diri kita sebagai seorang muslim??

menangis dan takut melihat dunia sekarang yang semakin hanyut dari garis sebenar yang telah ditetapkan ALLAH yang maha esa.

YA ALLAH,
Kuatkan semua ummat islam agar memperjuangkan ISLAM yang sebenar, agar dapat membantu saudara seislam kami kembali kearah yang sebenar mengikut syariat Mu...
aku takut melihat perubahan saudara-saudara ku yang semakin jauh meninggalkan Islam, mengikut nafsu yang menguasai diri, mengejar dunia yang sementara ini...
matilah kami dalam agama ISLAM yang diredhai oleh Mu ya ALLAH...

serius saya kata, saya sangat takut apabila perkara ini berlaku. Menangis bila mengenangkan saudara seislam jauh hanyut dek terbawak arus yang salah sehingga membawa kepada lubang hitam yang dalam. Semoga cahaya islam dapat menarik mereka naik dan jauh dari lubang hitam yang dicipta oleh manusia ini. Sesungguhnya syaitan tidak akan pernah berhenti menghasut hamba-hamba ALLAH.

Firman ALLAH dalam surah saba' ayat 020:
"Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaanya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya)."

Sesungguhnya ALLAH itu maha mendengar dan maha pengampun...
ayuhlah sahabat-sahabat ku berdoa untuk saudara seislam kita, bantulah mereka kembali kejalan yang benar, jangan dicaci atau dihina kerana mata hati mereka masih tidak dapat cahaya sebenar, maka bantulah agar cahaya itu dapat menembusi hitam dihati mereka...

Firman ALLAH dalam surah Al-Hajj 22:17:
Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata; dan sesungguhnya ALLAH memberi jidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNYA)."

Semoga apa yang berlaku di dunia yang fana dan sementara ini mengajar kita untuk terus kuat dan gigih dalam menegakkan syiar ISLAM supaya kita semua dibawah redha ALLAH. Iman dan Taqwa adalah tonggak untuk terus tegak berdiri dalam diri kita supaya tidak mudah goyah dan terjatuh. Arus yang dicipta ini tidak akan berhenti selagi ALLAH tidak memanggil kita kembali kepadanya.

Wallahua'lam....




No comments:

Post a Comment