وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Wednesday 29 August 2012

kasih Ilahi

assalamualaikum =)

alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup dan mengumpul amalan sebelum dipanggil menghadap yang maha mencipta. entry ni sebenarnya sekadar luahan hati sebagai seorang insan yg masih mencari cahaya Ilahi untuk mengubah diri kearah yang lebih baik supaya dapat menjadi insan yg terbaik di mata yg maha Besar.

kadang2 bila sedih kita akan menutupi kesedihan dengan senyuman,
ade juga manusia dia gembira tetapi menampakkan riaksi dalam kesedihan,
kenapa semua ni berlaku??
kadang2 benda ni berlaku pada diri saya sendiri...
saya tak tau kenapa harini hati saya sangat sayu dengan sendirinya ia mengalirkan air mata,
hati merasakan sebak yang teramat sehingga menangis teresak2,
bila terfikir mungkin hanya mainan perasaan tetapi terasa seperti kehilangan sesuatu yg amat penting dalam hidup, tidak ada tempat lain yang mampu aku curahkan perasaan melainkan kepada yang maha Esa kerana hanya kepada-Nya aku mampu mengadu... semoga apa yang aku rasakan ini adalah petanda supaya aku lebih lagi mendekatkan diri kepadanya.
aku masih insan yang lemah yang mudah tergelincir tetapi insyaALLAH dengan bantuan family, kawan2 dan kekuatan yang dimiliki akan aku cuba untuk menjadi yang terbaik dan menjaga amalan ku supaya aku dapat bertemu dengan Tuhan yang menciptakan aku dan Nabi Muhammad S.A.W rasul-ku.

sesungguhnya ALLAH maha mengetahui dalam setiap sesuatu. setiap yang berlaku dalam hidupku adalah ketentuan yang maha Esa dan aku redha. kau sayangi dan kasih lah padaku dengan menguji hamba mu ini supaya aku dapat membuktikan kecintaan dan kasih ku kepada mu ya Rab.

mencintai manusia tidak akan membawa aku kemana, dengan mencintai mu pasti kau akan kurniakan seorang hamba yang cinta dan kasih kepadamu satu hari nanti kalau bukan di dunia pasti di akhirat kelakk. cinta adalah sesuatu yang amat suci dan sebagai manusia mudah untuk jatuh cinta tetapi akan ku gagahkan diri untuk mengawal semua itu kerana khayalan tidak membawa apa-apa makna dan andai aku yakin dia adalah jodohku pasti ALLAH akan permudahkan jalanya, itu aku pasti.. sesungguhnya ALLAH sudah memberi yang terbaik untuk diriku dan aku syukur diatas setiap yang di kurniakan.

terima kasih ya ALLAH kerana kau masih memberi ku peluang untuk berubah dan mendekatkan diriku pada mu. aku amat bersyukur dan berterima kasih kerana memberikan family yang penuh dengan agama dan kawan-kawan yang sentiasa menarik ku untuk mengenal agama dengan lebih mendalam. sesungguhnya engkau tuhan yang maha adil lagi bijaksana. terima kasih ya Rab.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...

assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment