وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Friday 3 August 2012

fitnah perempuan:pengertian dan tanda-tandanya

assalamualaikum...
sekadar berkongsi bersama sahabat-sahabat apa yang saya baca =)
semoga b'manfaat untuk kita semua...

Apa pengertian fitnah perempuan itu dan apa pula tanda-tandanya? apakah ia dari segi raut muka yang cantik, berseri, mempesona sehingga memikat hati setiap orang yang memandangnya? atau barangkali dari penampilan yang menarik ditambah dengan bentuk badan yang tinggi semampai dan berisi, muka yang sentiasa bercahaya-cahaya seperti bulan pernama? apakah senyuman yang manis, budi bahasa dan tutur kata yang simpatik? mungkin dari kelicikan melakukan tipu daya, panjang akal, kelakuan buruk, kepura-puraan, berlagak seperti orang baik-baik tapi sebenarnya dia adalah seorang yang tidak bermoral? mungkin juga dari pengkhianatan seorang isteri kepada suaminya dan sangat rakus kepada kebendaan tanpa memikirkan sama ada dari sumber yang halal atau yang haram?

apakah ianya dari kepandaiannya melakukan tipu muslihat untuk menjebak dari seterusnya menggenggam lelaki dengan erat sehingga tidak boleh melepaskan diri? apakah kerana kepandaiannya mempergunakan kedudukan suaminya untuk memperoleh sesuatu yang tidak halal? apakah kerana ia seorang yang terpelajar, dan ia mempergunakan pengetahuanya membuat patokan-patokan yang harus dipatuhi dalam hubungan suami isteri dan begitu juga hubungan antara ibu dengan anak, tidak lagi sebagai hubungan kekeluargaan yang bertolak ansur?

apakah kerana si isteri seorang wanita kariri di mana setiap hari ia mesti keluar rumah. membiarkan rumahtangganya terbiar tak ada yang mengurus, meninggalkan anak-anak tidak menentu kerana tidak ada yang mengatur dan mendidik mereka?

kaum hawa pada umumya mahu supaya kelihatan cantik, kalau boleh biarlah seperti bulan purnama. sementara fikiran mereka cenderung untuk memikirkan tentang lelaki, mereka usahakan setiap gerak-geri dan tutur kata mereka memberi suatu kesan tersendiri di hati lelaki.
fitnah perempuan sangat banyak ragamnya. mereka tahu bila ketikanya menggunakan satu-satu cara daripada sekian banyak cara yang mereka miliki. pada suatu waktu mungkin mereka menggunakan cara halus sehingga tidak terasa oleh orang yang difitnahnya, tapi bila cara ini tidak berjaya tidak mustahil mereka menggunakan cara radikal dan berlebihan.
tapi oleh kerana perempuan jugalah penyair-penyair telah menggubah puisi-puisi yang sangat indah. sebab perempuan pemahat-pemahat telah menghasilkan karya seni yang agung. oleh sebab perempuan juga pelukis-pelukis telah memperoleh ilham untuk mencipta lukisan yang luar biasa artistiknya, seperti Monalisa.

kalau fitnah diertikan dengan membakar, maka sudah ramai lelaki sudah terbakar oleh fitnah mereka. adakalanya mereka membakar dengan memberi cinta yang membara. adakalanya pula mereka membakar dengan menghadiahi lelaki sebuah pengkhianatan yang melumpuhkan seluruh hidupnya.
kalau fitnah diertikan dengan "ujian", maka sudah tidak terkira berapa ramainya lelaki yang rosak akhlak, hilang kejujuran, ternoda kesucian, dan bahkan ada yang sampai tanggal akidahnya disebabkan perempuan.

oleh kerana fitnah perempuan merupakan pemburu yang sekaligus pembunuh yang amat kejam. Rasulullah S.A.W awal-awal lagi telah mengingatkan kita dengan sabdanya:

                                           "ما تركت فتنة أضر على الرجال من النساء"
maksudnya: tidak kutinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas lelaki selain perempuan.

banyak lagi hadis yang lain membicarakan mengenai fitnah perempuan, supaya kita memelihara diri dari bahayanya, menjauhkan diri dari sebab-sebab yang boleh menjerumuskan kita padanya. di samping itu, Rasulullah S.A.W juga telah menunjukkan jalan mana yang harus kita lalui supaya dapat melepaskan diri dari fitnah tersebut sebelum kita hanyut dan lemas dibuatnya.


Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab le
bih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “ - Riwayat Bukhari 



trima kasih sudi baca...
assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment