وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Thursday 9 August 2012

Adakah di sana sudah ada yang b'sedia untuk ke syurga??!!

assalamualaikum =)



BERSABDA Rasulullah SAW: " ketahuilah, adakah sudah ada yang bersedia untuk ke syurga? Maka sesungguhnya syurga itu tidak pernah terlintas di fikiran seseorang. Syurga dan Tuhan kaabah itu mempunyai cahaya yang bersinar-sinar, bau-bauannya menggegarkan, istana yang kukuh, sungai yang mengalir, buah-buahan yang lazat, isteri yang cantik, pakaian baru yang banyak, suatu makanan yang abadi di negeri yang sejahtera, buah-buahan, sayur-sayuran, penuh dengan kegembiraan dan nikmat di dalam perhiasan yang agung dan mengujakan. mereka telah berkata:" Ya, Wahai Rasulullah, kami sudah pun bersedia untuknya". Nabi bersabda: "katakanlah insya ALLAH'. maka mereka berkata: "insyaALLAH".

Sesungguhnya untuk memasuki syurga itu memerlukan kepada kesungguhan di dalam mentaati ALLAH selepas daripada kebergantungan kepada rahmat ALLAH, kenapa tidak? Kita hanya hidup beberapa hari sahaja di atas dunia ini, kemudian kita akan berpindah ke alam kubur dan negeri akhirat bertahun lamanya yang tidak ada akhirnya.

Hendaklah setiap daripada kita menggambarkan betapa perasaan sesal menyelubungi hati orang-orang yang lalai tatkala ketika terbentang di hadapan mereka akan balasan yang pedih sebagai balasan terhadap kelekaan di dalam mengabdikan diri kepada Tuhan Pencipta mereka.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
" ALLAH bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" maksud ayat seterusnya: " mereka menjawab: "kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung". maksud ayat seterusnya: "ALLAH berfirman: kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau  kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." maksud ayat seterusnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"
                                                                                 -Surah al-mukminun : 112 -115-

Sesungguhnya ahli kubur amatlah berharap agar mereka dapat kembali ke dunia supaya mereka dapat memuji ALLAH dan sujud kepada-Nya walaupun hanya sekali.

Adakah kita dapat mengambil iktibar daripada kisah mereka? Tidakkah kita perlu bangun dari kealpaan dan bersedia untuk bersemuka dengan halatuju yang menunggu kita sekarang?

Sesungguhnya kita masih di dunia dan masih mempunyai peluang kedua yang terbentang luas di hadapan kita untuk mencari bekalan menuju kematian, maka inilah dia bulan Ramadhan yang perlu kita galas.
Marilah sama-sama kita meninggalkan keseronokan dunia, meninggalkan katil kita dan mengejutkan ahli keluarga kita, mengangkat bendera jihad melawan nafsu syahwat kita.

Marilah kita menjawab seruan ALLAH yang bermaksud:
"Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari ALLAH - hari yang tidak dapat ditolak, pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlingung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan)".
                                                                                      - Surah Ash-Syura : 47 -


cerita diatas dipetik daripada buku "mutiara Ramadhan"
saya hanya ingin berkongsi kepada semua ape yang saya baca dan banyak yang dapat diambil iktibar daripada buku ini.
banyak tajuk2 menarik yang terdapat di dalam buku ini seperti keadaan manusia ketika Ramadhan, tanda hati yang telah dirawat, bersama dengan ALLAH SWT, dan banyak lagi....
andai anda berminat untuk menbaca buku ini boleh dapatkan di "Jaafar Rawas" di kelantan...

terima kasih kerana sudi membaca entry ni..
semoga mendapat manfaat bersama, insyaALLAH....

|Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari jumaat." (Hadis riwayat Tirmizi)|

selamat hari jumaat semua =)
assalamualaikum semua2 =)







No comments:

Post a Comment