وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُوا۟ ٱللَّهَ تَوَّابًۭا رَّحِيمًۭ

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (an-nisa' 4:64)

Wednesday 8 August 2012

malam lailatul qadar malam yang lebih baik dari seribu malam...

assalamualaikum... =)



Malam berlalu dengan pantas meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi dengan Ramadhan. tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan iaitu mencari malam lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang kehebatan malam lailatul qadar. malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu yang boleh merubah kehidupan kita.

Rasulullah S.A.W sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailaul qadar terutama 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan dengan beriktikaf di masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam lailatul qadar yang mulia.

ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya yang maksudnya:
"Biasanya Rasulullah S.A.W. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan ramadhan berbanding masa yang lain."

Hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang maksudnya :
" saya pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. bagaimana kiranya saya mengetahui malam lailatul qadar dengan tepat. apa yang saya akan doakan pada saat itu. baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut" yang bermaksud: " ya ALLAH ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku."

bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari malam lailatul qadar yang tepat kerana itu adalah rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh-sungguh mencari malam lailatul qadar. hanya ada satu tips pasti berjumpa malam lailatul qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang terakhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, membaca Al-Quran dan Berdoalah memohon keampuan dan keredhaan ALLAH SWT.

InsyaALLAH dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah malam lailatul Qadar. jangan lupa doa kita untuk umat dan makhluk seluruh alam insyaALLAH malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.

[ LAILATUL QADAR, Malam yang dirindui. Aisyah r.a. berkata : "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah." ]

sama-samalah kita mencari lailatul qadar tawan-tawan...
creadit untuk diri sendiri... 
insan yg penuh kekurangan untuk berubah menjadi lebih baik, insyaALLAH

assalamualaikum =) 














1 comment:

  1. sedih sangat xdapat kejar terawih malam2 berkat ni..hukhuk ):

    sakit gurly2 ..isk

    ReplyDelete